Tuesday, January 15, 2008

2nd Gathering - Northern Region (MOM)

Assalamualaikum

Kepada member utara semua terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama family berkumpul di Bertam walaupun perjumpaan kita dalam last minutes program.


Buat teman teman saya memohon maaf kerana terlambat menghantar maklum balas perjumpaan kelmarin. Hari ini sibuk sikit.

Pertama sekali saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan kerana telah bersusah payah menghadirkan diri beramai-ramai untuk memeriahkan perjumpaan kita yang pertama.

Kehadiran amat menggalakkan. Jumlah yang hadir seramai 22 orang. Terima kasih sekali lagi kepada kawan-kawan yang datang dari jauh nun di Kangar hingga ke Kebun Sireh serta Ipoh demi ukhwah silaratulrahim.

Perbincangan yang dijalankan adalah secara informal disamping bertukar-tukar kisah masing masing.

Perkara: Mesyuarat Kedua Reunion 2008 AJ87 Northern region
Tarikh: 1 Muharram 1429 (9 ~ 10 Jan 2008)
Tempat: Restoran Nasi Kandar Shahul Hamid, 5 Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, K. Batas, P. Pinang.
Masa : 8.00 p.m ~12.45a.m
Kehadiran: Abdullah Abu Bakar, Haszani Harun, Sa’aidin Md Lazin, Atan Noordin, Zulkefle Said, Haris Hamid (dari Perlis-bersama kawan), Mohd Azian (dari Ipoh- bersama family), Nasharudin (Taiping- bersama family), Zafary Abd Manap (dari KS), Yusri Azali, Mohd Natzir (bersama family) serta beberapa orang lagi.
Wakil pemerhati dari kawasan tengah: Zafary Abdul Manap

Agenda: 1.

1. Perjumpaan dibuat secara informal
2. Perjumpaan untuk kawasan utara dibuat sekerap yang boleh
3. Perjumpaan keseluruhan bergantung kepada sambutan dari kawasan lain.
4. Bersetuju supaya perjumpaan diadakan mengikut pusingan kawasan supaya dapat melihat kawasan ahli-ahli di kawasan lain.
5. Perjumpaan bagi Northern region akan diadakan sebulan sekali bergantung kepada kehadiran rakan-rakan dari jauh.
6. Cadangan perjumpaan seterusnya
1. SIRIM SP
2. Hotel UITM SP
3. Air Terjun Junjung
4. Kuala Kangsar
5. Mana mana pantai
7. Cadangan perjumpaan diadakan disiang hari bagi memudahkan kawan kawan bawa family bersantai
8. Cadangan perjumpaan seterusnya diadakan dikawasan yang terbuka bagi kemudahan ahli keluarga
9. Pie akan menjadi wakil utara pada perjumpaan kawasan tengah
10. Cadangkan perjumpaan keseluruhan diadakan sebaik mungkin. Cadangkan 1st reunion AJ87 diakan dikawasan yang boleh dihadiri oleh semua
kawasan, tempat yang dicadangkan spt berikut;
1. Lumut (Telok BatiK)
2. Cameron highland
11. Perjumpaan juga boleh dibuat jika kawan –kawan buat rumah terbuka atau kenduri kendara.
12. Cadangkan setiap ahli cuba mencari rakan –rakan lain yang tiada dalam list terutama SKT, SKM, DKJ, DKM, DKT serta kawan-kawan yang keluar awal
13. Cadangkan kepada moderator untuk update setiap nama dalam website dan website hendaklah dikemaskini kerana berapa aduan diterima dari kawan kawan gagal memasuki website
14. Cadangkan supaya kawan kawan yang menggunakan email kerja terus gunakan
15. Cadangkan setiap email atau message yang dihantar didahului dengan subject AJ87 supaya memudahkan ahli untuk susunatur.
16. Cadangkan setiap message yang special hanya untuk ahli tertentu dialamatkan kepada hanya kepada beliau sahaja supaya email kawan-kawan lain tak jam.

Agenda 2;
1. Cadangkan ujud peluang perniagaan antara rakan rakan
2. Cadang rakan rakan yang berjaya membantu rakan rakan lain untuk memulakan perniagaan
3. Cadangkan perkenal segala peluang kepada rakan rakan
4. Cadang ujud blog untuk utara (akan dikendalikan oleh Sai’idin)
5. Cadangkan penghasilan T-shirt AJ87 (design oleh Mr Apaq)
6. Cadangkan kawan kawan download gambar-gambar lama terutama gamabar jersi bola AJ87
7. Cadangkan ujud tabung untuk ahli
8.

Mesyuarat ditamatkan dan seterusnya berbincang kisah dahulu kini dan selamanya.

Mesyuarat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Zafary Abdul Manap kerana sudi menghadirkan diri dari Kebun Sireh sebelum ke UAE sebagai wakil pemerhati bagi pihak presiden.

Zack tolong forward gambar gathering.

Norjo tolong masukkan
Naza_rda@yahoo.com dalam list. Naza 016-5056936

Thank.

(Kalau ada-apa apa yang silap minta maaf )

No comments: